Popular Posts

Popular Posts

Sunday, October 24, 2010

refleksi contoh...

Refleksi:
Sebagai bakal warga pendidik, saya mendapat pelbagai ilmu yang berguna semasa menyiapkan kerja kursus ini. Penghasilan kerja kursus ini telah memberikan banyak input berguna tentang alam sekitar terutamanya mengenai hutan sebagai sumber alam sekitar yang penting. Ini dapat membantu saya dalam menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri murid seperti cintakan alam sekitar di samping menyampaikan pengajaran kepada mereka. Input yang diperolehi telah memberi banyak pemahaman kepada saya mengenai kepentingan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar serta bagaimana untuk menerapkan dan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam penjagaan alam sekitar kepada diri saya dan rakan-rakan yang lain untuk disampaikan kepada murid kelak. Kerja kursus ini telah menjadi panduan kepada saya bagaimana untuk mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang menerapkan nilai-nilai alam sekitar di dalam isi pelajaran sekaligus menimbulkan kesedaran kepada murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Walaupun pada mulanya kami mengalami kesukaran untuk mendapatkan maklumat dan bahan yang diperlukan bagi menghasilkan kerja kursus yang berkualiti, tapi dengan usaha dan kesungguhan yang berterusan segala cabaran dapat di atasi dengan jayanya. Masa yang singkat disamping sibuk dengan pelbagai aktiviti dan pembelajaran lain tetap kami tempuhi dan bertungkus lumus menyiapkan kerja kursus ini Secara keseluruhannya, penghasilan kerja kursus ini telah memberi faedah dan manfaat kepada kami sebagai bakal warga pendidik untuk menyebarkan dan menanam sifat cintakan alam sekitar ke dalam diri murid kelak.



No comments:

Post a Comment